Baru- baru ini kita kerap dihebohkan dengan usaha kerajaan dalam memperkenalkan system percukaian yang baru yang mana bertujuan untuk menggantikan system percukaian regim iaitu SST (Sales and Services Taxes). Usaha memperkenalkan system percukaian yang baru iaitu GST adalah satu usaha yang baik, ia merupakan yang baru di Malaysia, tidak pada dunia. VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan. Mengikut statistik, 73% negara dunia telah menggunakan GST dan 27% tidak lagi. Tambahan itu, 160 negara telahpun menggunapakai system percukaian ini termasuk negar jiran kita, Singapura, Indonesia dan Thailand. Dirantau Asia Tenggara, hanya Malaysia, Brunei, dan Myanmar sahaja yang belum melaksanakan GST.
GST
adalah system percukaian yang lebih meluas berbanding system yang ada sekarang,
disamping itu juga, GST adalah cukai tokok tambah yang mana dikenali dibeberapa
buah negara sebagai VAT (Value Added Tax), soal nama ia tidak menjadi masalah,
namun yang menjadi persoalan ialah, bilakah ia akan dilaksanakan?, berapakah kadar
dan adakah ia wajar?, bagaimana GST ini dilakasanakan?, apakah kesannya
terhadap ekonomi dan rakyat? Kesemua persoalan ini akan dirungkaikan dalam
artikel ini, teruskan membaca!
Bilakah ia akan
dilaksanakan?
Merujuk
kepada Belanjawan 2014 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada
Oktober yang lalu, tarikh implementasi GST akan dilakasanakan pada 1 April 2015,
ruang selama 17 Bulan telah diberikan kepada seluruh sektor-sektor ekonomi untuk
membuat persediaan terhadap implementasi GST. Kalau kita melihat sejarah, GST
ini telah mula dicadangkan pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir namun ia
terpaksa ditangguhkan atas beberapa masalah politik dan kelemahan pelaksanaan
percukaian pada ketika itu. Usaha ini telah diteruskan pada zaman Pak Lah yang mana mengikut perancangan pelaksanaannya
pada tahun 2007, namun sekali lagi ia telah ditangguhkan sehingga sebelum pengumuman Belanjawan 2014 yang telah
diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang mana merancang untuk
melaksanakan GST pada 1 April 2015.
Berapakah Kadar dan adakah ia kadar yang Wajar?
Kadar
yang diperkenalkan adalah pada 6%, persoalannya adakah ia benar-benar
munasabah? Kalau kita lihat situasi yang berlaku pada hari ini, yang mana
pelbagai bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan pelbagai kenaikan
barangan asas, minyak, tol, tariff elektrik dan sebagainya. Saya melihat ia
pasti akan membebankan, ditambah dengan hutang isi rumah Malaysia berada pada
80% dan orang ramai akan terpaksa berbelanja lebih daripada hasil yang
diperoleh. Kerajaan perlu membuat perbandingan pengenalan kadar antara negara
dan bukan pada kadar semasa, “Singapura semasa memperkenalkan GST hanya pada 3%
dan gradually meningkat sehingga 7% pada hari ini.
Sementara
itu, Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr
Zakaria Abdul Rashid tidak menolak dengan inflasi yang meningkat secara
konsisten sejak beberapa bulan lalu, pengenalan GST akan menekan rakyat. Sekiranya
merujuk kepada indeks harga pengguna (CPI) ketika ini pada kadar 1.9% dan kita
lihat sejak beberapa bulan ia naik secara konsisten. Kalau peningkatan ini
berterusan sehinggalah pengenalan GST pada tahun 2015 nanti, ia mungkin menambah
tekanan kepada orang ramai. Indeks CPI bagi tempoh Januari hingga Ogos 2013
meningkat sebanyak 1.7% kepada 106.5 dibandingkan dengan 104.7 pada tempoh yang
sama tahun lepas. Berbanding dengan bulan yang sama tahun 2012, CPI Ogos 2013 mencatatkan kenaikan sebanyak 1.9%
daripada 105.0 kepada 107.0 dan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya,
CPI merekodkan peningkatan sebanyak 0.1%.
Menurut
pakar ekonomi Putrajaya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, keruncingan ini ditambah dengan
kritikan susulan pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan sebanyak 20 sen,
malah kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 2.3%.
Segala
polemik dan persepsi yang berlaku dikalangan rakyat perlu diatasi segera demi
menjamin kesejahteraan rakyat serta mengelakkan daripada berlakunya rusuhan,
protes dan perkara yang tidak diinginkan. Maka saya mencadangkan kepada pihak
kerajaan untuk memberi JAMINAN kepada rakyat bahawa masalah berkaitan kos sara hidup rakyat tidak
akan terjejas dengan implementasi GST.
Bagaimana GST ini
dilakasanakan?
GST/VAT
akan dipungut berdasarkan aktiviti nilai tambah
pada setiap peringkat atau setiap rantai pengedaran bermula dari
pengilang hingga kepada pengguna. Disamping itu juga peniaga mempunyai hak
untuk menuntut kembali GST yang
dikenakan keatas semua input perniagaan,
dan ini akan mengelakkan daripada berlakunya kenaikan harga barang yang
mendadak serta mengelakkan ketirisan dalam system percukaian itu sendiri.
Sunggupun GST ini dapat mengelakkan ketirisan, namun ia tidak dapat mengelakkan
Profiteering yang akan dimanipulasi oleh
pihak perniagaan, dan ia diakui sendiri oleh Mohd Rozlan Ali selaku unit
teknikal GST dari Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA).
Perlu
jelas disini bahawa GST tidak akan dikenakan (exemption tax) kepada produk pertanian, barang makanan asas, bekalan
air domestic, barang dan perkhidmatan, TOL, Tanah, pendidikan, kesihatan, bas
rel dan sebagainya yang dieksport dan
sebagainya. Boleh dikatakan bahawa GST tidak akan dikenakan pada barangan atau
servis yang kerap kali digunapakai oleh golongan berpendapatan rendah.
Kesannya Terhadap Ekonomi dan Rakyat?
Perlu
diakui bahawa GST /VAT adalah system percukaian yang lebih bagus berbanding SST,
itu yang pertama. Impak kepada ekonomi
ialah ia akan meningkatkan jumlah eksport negara yang mana semua eksport
berkadar sifar (zero-rated), akan membantu dari aspek pelancongan, serta akan
merancakkan pelaburan asing (FDI) dengan beberapa rombakan yang baru yang akan
memberi impak positif kepada pelaburan asing. Disamping itu juga deficit yang
berlaku pada setiap tahun akan dapat dibantu dengan
hasil percukaian daripada GST. Menurut Menteri Kewangan Kedua , Datuk Ahmad
Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh
pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST.
Tambahan daripada itu, kerajaan telah menyatakan bahawa
sebayak 3000 barangan dan perkhidmatan akan dikecualikan daripada dikenakan
cukai GST. Ia merupakan suatu perkara yang baik, namun sehingga hari ini tidak
ada lagi dokumen atau data-data dari pihak kerjaan sendiri yang menyatakan 3000
Produk yang dikecualikan tersebut. Bahkan kalau kita melihat jumlah produk yang
dikecualikan adalah lebih sedikit berbanding produk yang dikecualikan dibawah
system percukaian SST. Makanya perlu adanya maklumat yang jelas, dan tepat
supaya masyarakat faham dan mampu untuk
membuat persediaan.
Saya
percaya perlakasanaa GST pada awalnya akan menyebabkan inflasi pada pasararan
ekonomi Malaysia yang mana akan mengurangan kuasa beli rakyat (PPP). Tidak semua barangan dan perkhidmatan akan naik dan tidak semua juga kan turun, kerana kesan GST terbahagi kepada 3, pertama harga barangan akan meningkat, yang kedua harga barangan itu tidak naik dan tidak turun (malar), dan yang terakhir harga barangan akan menurun. Ia bergantung kepada jenis barangan yang akan diklasifikasikan oleh kerajaan. Yang paling utama, barangan asas tidak dikenakan cukai (zero-rated) dan ia tidak akan memberi kesan yang berat kepada golongan berpendapatan rendah.
Setelah pelaksanaan terpaksa ditangguh dari 1 Januari 2007 sehingga sekarang ternyata ada perkara yang tidak beres. Kerajaan wajib tahu dan yakin bahawa pelaksanaannya nanti tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat . Namun terdapat beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan dalam konteks Malaysia pada waktu ini.
Setelah pelaksanaan terpaksa ditangguh dari 1 Januari 2007 sehingga sekarang ternyata ada perkara yang tidak beres. Kerajaan wajib tahu dan yakin bahawa pelaksanaannya nanti tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat . Namun terdapat beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan dalam konteks Malaysia pada waktu ini.
1. Adakah
dengan pengenalan GST atau apa jua cukai tidak akan membebankan rakyat kerana
hakikatnya setiap cukai adalah membebankan.
2. Tambahan
hasil cukai daripada GST akan hanya memanfaatkan pembayar cukai dan rakyat
jelata jika dibelanjakan dengan berhemah. Setakat ini rekod pencegahan
pembaziran dan penggunaan berhemah tabungan negara oleh sektor awam belum cukup
meyakinkan, sekiranya melihat laporan Ketua Audit Negara 2012, World Bank, Illicit
Financial Flows from Developing Countries (2009), dan laporan-laporan yang
lain.
Di
sinilah kita meletakkan satu lagi penanda aras kepada KPI Perdana Menteri
kerana beliau juga adalah Menteri Kewangan Malaysia. Idea dan pelaksanaan GST
kini menjadi tanggungjawab beliau. Dalam ketidakpastian inilah pihak kerajaan
nampaknya terpaksa membuka ruang untuk pihak masyarakat awam dan swasta serta
persendirian berpartipasi untuk memberi maklumbalas mengenai pelaksanaan GST.
Jika
sistem GST seperti Eropah di laksanakan di Malaysia matlamat yang hendak
dicapai tidak akan berhasil. Konsep terpenting ialah mudah dan lancar. Lantaran
itu pelbagai pihak menyifatkan penangguhan pelaksanaan GST sebagai wajar bagi
memastikan tahap kesediaan masyarakat perniagaan di negara ini berada pada tahap yang optimum. Masa yang lebih panjang diperlukan bagi golongan sasar membuat persediaan
dan memahami konsep sebenar GST serta kesannya terhadap bidang yang diceburi.
Kerajaan
akhirnya mengakui penangguhan adalah perlu untuk memberi ruang kepada badan-badan kerajaan
mengemas kini prosedur dan tindakan yang perlu diambil seiring pelaksanaan GST,
manakala syarikat mempunyai masa untuk melengkapkan persiapan seperti
menentukan sistem terbaik dari segi penyimpanan resit dan sebagainya. Bagi
perniagaan bersaiz besar, sistem penyimpanan pelbagai dokumen dan resit mungkin
perlu diuruskan pihak profesional kerana banyak yang perlu dikendalikan.
Secara
peribadi saya memuji usaha yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Belia dan
Sukan melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia yang telah
menganjurkan Persidangan Meja Bulat berkaitan GST yang mana disertai oleh
golongan anak muda dan diberi ruang untuk memberi pandangan secara terbuka, dan
usaha ini perlu diteruskan bagi memupuk pemahaman kepada warga belia khususnya.
Ini kerana pemahaman yang cukup rendah dikalangan rakyat khususnya, anak muda,
peniaga kecil dan sederhana (IKS) dalam memahami implikasi dan cara mengendali
perniagaan mereka berdasarkan system GST.
Mungkin
satu perkara yang boleh dicadangkan ialah, sesi pemahaman GST kepada rakyat
yang dihadiri oleh Menteri-Menteri sendiri bagi menjawab hal GST serta hal
politik. Ini kerana kestabilan ekonomi itu bukan bergantung kepada GST semata,
tetapi ia juga bergantung kepada kestabilan politik sesebuah negara itu
sendiri. Ia kerana merujuk kepada pelbagai masalah pentadbiran yang telah
didedahkan oleh pelbagai laporan mengenai ketirisan kerajaan dalam mentadbir
dana negara, maka atas polemik yang berlaku inilah perlunya diadakan sesi
dialog atau apa jua cara yang melibatkan menteri dan pakar-pakar.
Konklusinya, GST adalah system percukaian yang baik dan
lebih efisien berbanding system percukaian yang digunapakai pada hari ini.
Namun kita tidak boleh menolak fakta
bahawa GST ini juga mempunyai kekurangannya. Hakikatnya, RAKYAT pada hari ini
tidak terlalu kisah dengan implementasi GST ini, namun yang menjadi persoalan
ialah sejauhmana ketelusan kerajaan menggunakan hasil daripada GST? bagaimana
ia akan diurusakan? Apakah jaminan kenaikan kos hidup tidak akan berlaku mendadak dengan perlaksanaan
GST? Dan segala persoalan inilah yang perlu diberi perhatian oleh pihak
kerajaan dan badan-badan pelaksana.
MOHAMAD AMMAR BIN ATAN
PELAJAR TAHUN 2, FAKULTI EKONOMI DAN PENTADBIRAN,
UNIVERSITI MALAYA.
