Tuesday, 15 July 2014

BOIKOT PRODUK PRO-ISRAEL, BUKAN PRODUK YAHUDI.

BOIKOT PRODUK PRO-ISRAEL, BUKAN PRODUK YAHUDI.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan serangan besar-besaran Zionis Israel dan kecomelan Panda yang telah menyebabkan kerajaan Malaysia sanggup berhabis puluhan jutaan ringgit demi Panda yang ‘tercinta’. Dan ramai dikalangan kita sibuk melaungkan boikot produk yahudi tanpa mellihat pro dan kontra, tanpa kajian yang terperinci mengenai Yahudi dan Israel, dan mana syarikat yang menyokong zionis Israel dan tidak.

Semua pengetahuan ini sangat penting bagi mengelakkan kita memboikot membabi buta semua produk Yahudi, kerana kebergantungan Malaysia terhadap produk-produk Yahudi sangat besar peratusannya. Manakan tidak, ratusan syarikat-syarikat Yahudi telah mempunyai pasaran yang kukuh di Malaysia dan struktur ekonomi Malaysia yang banyak bergantung kepada negara luar seperti Amerika Syarikat.

Pasaran eksport negara kita bergantung kepada negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun sekian lama ini.  Lebih-lebih lagi, banyak produk komersial yang dieksport Malaysia adalah pembuat peralatan asal (Original Equipment Manufacturer, OEM), bahan perantaraan yang digunakan untuk menghasilkan produk akhir. Oleh itu, ketika kemelesetan ekonomi Amerika-Eropah pada tahun 2008/09, jumlah eksport Malaysia telah jatuh 16.6% dan pada masa yang sama, import negara kita pada tahun yang sama juga menurun 16.6%.

Satu kajian Asia Development Bank (ADB) yang dikemukakan pada awal tahun 2010, berjudul The Ties that bind Asia, Europe and United States melaporkan bahawa, walaupun perdagangan antara negara rantau Asia (melainkan Jepun) berkembang pesat, namun kebanyakannya ditunjangi intermediate good, yang mana tujuan utamanya adalah untuk kegunaan dieksport semula dan ini merupakan situasi ekonomi Malaysia pada saat ini.

Bayangkan sekiranya kita menutup pintu perdagangan  dengan semua syarikat Yahudi yang wujud di Malaysia, pastinya ramai rakyat Malaysia yang menganggur, kemiskinan meningkat, inflasi tinggi, nilai eksport kita rendah, krisis ekonomi, pelaburan dari luar merudum, dan yang paling teruk ramai orang-orang Melayu dan Muslim yang akan paling merasa tempiasnya.

Google, Facebook, Yahoo, Intel, IBM, dan sebagainya adalah merupakan syarikat yang dimiliki AS dan dimiliki oleh individu yang berbangsa yahudi. Oleh itu perlu kita jelas, yang mana produk yahudi dan mana produk Israel, dan juga dalam banyak-banyak produk Yahudi yang mana menyokong kekejaman Israel di Gaza.

Menurut ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, ada juga syarikat Yahudi yang menentang peperangan ke atas Gaza selain menyifatkan langkah boikot ke atas semua produk Israel disifatkan sangat mustahil direalisasikan."Kita tahu tidak boleh boikot semua produk Yahudi. Ada juga barangan mereka yang tidak menyumbang terhadap dana perang Israel,"

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menyenaraikan hanya empat produk yang diboikot iaitu Colgate, Starbucks, Coca-cola dan McDonald's. Dan ia telah dikenal pasti hasil jualan produk-produk ini menyumbang kepada tabung Israel Yahudi. Dan usaha ini tidak akan memberi impak yang besar kepada ekonomi Malaysia dan rakyat juga tidak ‘mati’ jika tidak menggunakan empat produk ini. Banyak lagi pengganti jenama produk ini jika ia diboikot.

Langkah untuk memboikot barangan keluaran pro-Israel hanya memberikan kesan jika ia dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia. Usaha memboikot bukanlah usaha yang sia-sia,  sejak usaha boikot pada tahun 2002 lagi, ekonomi Israel telah menuju keruntuhan tanpa tanda-tanda pemulihan walaupun begitu banyak dana dasalurkan dari US. Pada bulan Oktober 2002, Sharon memohon USD10bilion sebagai bantuan kecemasan. Inflasi Israel sangat tinggi, sehinggakan angka rasmi mencecah 4 kali ganda sasaran asal rejim zionis tersebut. Cukai dinaikkan, begitu juga kos keperluan asas seperti makanan, perumahan dan minyak. Israel sering dilanda piket umum sehinggakan semua penerbangan terhenti, siaran radio dan television terputus, pesakit tidak mendapat rawatan dan sampah tidak lagi dikutip. Pelaburan dari luar kian meruncing. Mengapa? Dari tahun 1999 hingga 2001, pelabur-pelabur kerugian USD5bilion daripada pelaburan mereka berjumlah USD6.5bilion. Jadi, peniaga mana yang bersedia untuk melabur? Dalam situasi terdesak seperti ini, sudah tentu usaha boikot tidak boleh dipandang remeh. Israel akan mengorek setiap sen untuk diraih - pastikan wang anda tidak sedikit pun sampai kepada mereka.

Politik yang retorik yang hanya sekadar di mulut tidak akan bermakna, kerana sibuk kita mengecam dan memboikot, kerajaan masih lagi membuka pintu dan laluan kepada syarikat-syarikat atau produk-produk yang secara jelas dimiliki oleh Israel dan secara jelas menyokong kekejaman Israel terhadap bumi Palestin. Namun, setakat boikot tidak memadai, kita perlukan usaha yang lebih memberikan impak yang lebih efektif dan kena pada sasarannya. Tidak cukup setakat parti politik bagi statement yang retorik seperti “saya (Najib) mengecam kekejaman Zionis Israel terhadap rakyat Palestin”.

Usaha yang lebih praktikal perlu dijalankan dengan merujuk kepada Bab VII Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, menyatakan dengan jelas kuasa Bangsa-Bangsa Bersatu PBB untuk mengekalkan kuasa. Ia membenarkan Majlis untuk "menilai kewujudan apa-apa ancaman terhadap keamanan, pecah keamanan atau tindakan pencerobohan" dan untuk mengambil tindakan ketenteraan dan bukan ketenteraan untuk "mengembalikan keamanan dan keselamatan antarabangsa"
Walaupun pelbagai usaha damai cuba dilakukan dengan menggubal perjanjian khas seperti Deklarasi Balfour, Perjanjian Nasional Palestina, Perjanjian Perdamaian Oslo, dan sebagainya sejak dari 1920. Namun Israel tidak mengendahkan perjanjian yang dimeterai dan melanggar satu-persatu demi meneruskan agenda merampas Palestin, ini berpunca oleh kuasa veto kelima-lima negara yang banyak mendominasi keputusan PBB khususnya dalam mengambil tindakan terhadap kekejaman yang berlaku, dan isu ini seharusnya perlu dibawa oleh Kerajaan Malaysia dibawah Najib Razak ke General Assembly UN untuk  menghapuskan  kuasa Veto kelima-lima negara  daripada menguasai keputusan, sebab saya percaya tidakan secara bersama dalam menentang Rejim Israel mampu menghentikan krisis kemanusiaan di Palestin.

Tuntasnya, Islam bukanlah agama yang rasis yang menilai sesuatu perkara semata-mata kerana bangsa, dan agama, tetapi menilai atas apa yang dilakukan sepertimana kekejaman Israel terhadap wanita-wanita, kanak-kanak dan kebanyakan rakyat Palestin. Tidak adil dan sumbang sekiranya kita menilai sesuatu kejahatan semata-mata kerana bangsa semata-mata dan sepatutnya tidak berkait langsung atas nama ras.

Mohamad Ammar Atan

Universiti Malaya.

PANDA versus GAZA

PANDA versus GAZA

Kerajaan Malaysia dilihat seolah-olah menutup sebelah mata akan tragedi yang menimpa rakyat Gaza, Palestin. Ironinya kerajaan Malaysia sanggup membiayai RM25 Juta hanya untuk dua ekor Panda daripada membantu rakyat Gaza yang dihimpit kesengsaraan dek kekejaman Zionis Israel dan kuasa dunia yang dilihat terus sepi dalam isu kemanusiaan ini.

Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan.Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.

Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar. Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.

Alangkah baiknya jika usaha sehebat ini digunakan untuk membantu orang-orang Palestin. Wanita, orang tua dan kanak-kanak di Gaza mungkin tidak mengalami kepupusan seperti beruang panda, tetapi nyawa mereka lebih murah dari beruang panda itu sendiri pada saat ini. Yang mati bergelimpangan, yang cacat dan akan merana seumur hidup mereka.

Apabila panda hadir di Malaysia kita telah memperuntukkan puluhan jutaan ringgit tanpa menilai sudut pandang rakyat dan menurut World Wildlife Fund (WWF) yang mencadangkan agar peruntukan sebesar itu lebih bagus disalurkan kepada usaha-usaha menyelamatkan binatang-binatang yang diancam kepupusan di Malaysia. Adakah kita mendapat peribahasa baru “Panda di China disusukan...”?. Apabila tragedy pembunuhan besar-besaran berlaku di Gaza kerajaan seolah-olah memandang sebelah mata tidak seperti keprihatinan kerajaan terhadap dua ekor panda dalam isu kemanusiaan, hak asasi manusia yang kononya kita perjuangkan.

Tuntasnya, ia bukan pada isu panda semata-mata tetapi ia berkaitan dengan keprihatinan kerajaan samada pusat atau negeri dalam melihat tragedy yang berlaku ini, bukan sahaja di Gaza hatta kesengsaraan rakyat Malaysia dalam menghadapi bebanan hidup yang semakin hari semakin meruncing dan dimana-mana sahaja, dan ini menimbulkan persoalan bagaimana kerajaan menilai yang mana lebih penting dan yang mana lebih bermanfaat selari dengan nilai kemanusiaan.

Mohamad Ammar B. Atan
Pelajar Fakulti Ekonomi dan Pentradbiran, Universiti Malaya.


Monday, 24 February 2014

KRISIS PEMIKIRAN UMMAT


Al-Quran dan Buku Falsafah Dunia.

Jika kita diberi pilihan diantara Al-Quran dan buku falsafah dunia, dan dikehendaki memilih satu sahaja, jadi manakah pilihan utama anda?

Anda jawab…

Saya yakin sebagai seorang muslim kita sewajibnya mengutamakan Quran sebagai rujukan utama kita, dan saya percaya ada yang terkial-kial untuk menentukan pilihan sama ada Al- Quran atau buku Falsafah Barat, khususnya Muslim. Bagi mereka yang non-muslim tidak menjadi masalah untuk mereka, kerana mereka tidak dipasakkan kefahaman Islam sejak diawal pembelajaran sepertimana yang diterima oleh pelajar Islam, Melayu khususnya.
Sekiranya saya memberi pilihan diantara Al-Quran dan Tafsir Ibn Kathir manakah pilihan utama anda?

Jawab…

Ada yang memilih dengan yakin Tafsir Ibn Kathir sebagai pilihan utama, juga ada yang memilih Al-Quran sebagai pilihan utama, dan saya pasti ada yang tekad untuk memilih kedua-duanya ini golongan yang tidak memahami soalan, tidak mengapa.
Pelbagai skeptisme yang cuba dihadirkan dalam pemikiran tulisan saya setelah saya menyoal saoalan-soalan diatas, saya juga pernah menyoal perkara yang sama di FB dan ada yang respon secara skeptical dan ada juga yang endah tak endah, tidak mengapa. Kadang-kadang saya juga begitu.

Inilah situasi kecelaruan yang dihidapi ummat Muhammad termasuk saya, apabila keliru, celaru, tersentak, gelabah apabila ingin membuat pilihan antara Al-Quran dan buku-buku lain.
 Teringat satu kisah ketika Rasulullah saw menegur Umar bin Khattab ketika dia memegang lembaran   taurat. Pandangan Rasulullah saw. pun tertuju pada yang dipegang Umar. “Apa yang kau pegang, Umar?” tanya Rasulullah saw. Dengan ringan, Umar r.a. pun menjawab, “Taurat, Ya Rasulullah!”. “Wahai Umar, andai yang diturunkan Taurat itu masih hidup, tentu, ia akan merujuk kepada Al-Quran dan meninggalkan Taurat !” ucap Rasulullah saw. begitu menggugah hati Umar. Saat itu juga, Umar pun melepas lembaran Taurat. Siapapun (muslim) pasti tidak akan meragukan aqidah Umar bin Khattab, tapi toh ditegor juga oleh Rasulullah walaupun hanya kepergok membawa-bawa lembaran Taurat. Artinya apa ? Rasulullah saw mencontohkan kepada kita untuk memegang aqidah dengan kuat. (Kata Rasulullah saw menjelang wafatnya : "Aku wariskan kepada umatku Kitabullah dan Sunnahku, peganglah erat-erat dengan gigi geraham-mu"

Kenapa kecelaruan pemikiran itu berlaku? saya lontarkan soalan ini pada anda.


Senario yang berlaku ini tidak baru, bahkan sejak pertengahan abad ke-18 masehi dapat dikatakan hampir seluruh dunia Islam telah menjadi sasaran terbuka bagi pemikiran , metodologi, tsaqafah,ilmu, peradaban, seni, sastera, konsepsi dan tradisi Barat dengan pelbagai tahap yang berbeza-beza. Segala serangan pemikiran ini telah melahirkan genarasi yang celaru pada hari ini. Serangan ini tidak berlaku secara jelas atau sepertimana perang Dunia ke1 dan 2, ia sukar dilihat oleh rakyat biasa, yang terasa kehadiran serangan ini ialah golongan intelektual, pemimpin dan mereka yang cakna.

Ia bermula apabila orang Barat membangunkan gereja-gereja Kristian (yang di dalam atau berdekatan sekolah-sekolah) di Beirut,, Baghdad, Mosul, Kaherah, Iskandariah, Istanbul, dan dikota-kota besar Islam lainnya dan sejak kawalan pemilkiran dan kebudayaan Islam satu persatu lenyap dan generasi Islam berhadapan langsungdengan gerakan serangan pemikiran dan kebudayaan yang dahsyat, pemikiran dan kebudayaan Islam mengalami kebekuan dan seluruh  teori pengetahuan Islam kebekuandan seluruh teori pengetahuan kaum muslimin menjadi Barat, praktikalnya ummat Islam berada dalam pengaruh Barat.

Percaya atau tidak?, anda jawab.

Dalam hal mengakui bahawa berlakunya serangan pemikiran atau Al-Ghawzu Al-Fikri  terdapat dua golongan yang mana percaya dan tidak percaya, itu biasa kerana ego manusia yang susah untuk mengaku bahawa dia telah dipergunakan atau telah dipengaruhi dengan acuan Barat dan apa jua perkara.

Bukti mudah yang saya boleh ketengahkan dalam hal seperti ini ialah apabila senario seseorang itu berhujah dengan nas Al-Quran mereka merasa biasa, pelik, jelik, ketinggalan zaman, jumud dan pelbagai lontaran yang cuba dilontarkan pada ulama tersebut, tetapi, apabila dihujahkan dengan teori falsafah-falsafah yang berbagai seperti falsafah Plato, Mao Zedong, Lao Tzu, Max Weber dan sebagainya, mereka merasa Wahh! Ghairah, ta’ajub, kagum, berbunga-bunga, menyanjungi dan sebagainya. Sedangkan apa yang dikatakan oleh oleh golongan Orentalis barat ini sudah ada di dalam Al-Quran cuma nak taknak saja kita baca.

Macapada pada hari ini, kita kerap didedahkan dengan sejarah Dunia Islam yang cukup gemilang dalam pelbagai disiplin Ilmu seperti pemikiran, metodologi, sumber ilmu, epistemology, tema, sasaran dan tujuannya. Pelbagai cabang ilmu kita kuasai dari sekecil-kecil zarah hingga sebesar cakerawala dan ia dikagumi oleh golongan barat, sepertimana kita kagumi mereka pada hari ini.


Bersambung….. (ada banyak assignment)

Monday, 17 February 2014

KENAPA PERLU KITA TOLAK COMANGO? -Mohamad Ammar


Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia. Pertamanya dan selamanya marilah kita merenung semula amal kebaikan yang kita lakukan untuk kebaikan kita bersama di sana. COMANGO adalah satu gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mana mereka sepakat untuk menyokong dan mengangkat COMANGO sebagai dasar yang perlu digunapakai di Malaysia. Lebih 50 NGO yang menyokong COMANGO (SUARAM), Seksualiti Merdeka, DEMA, JERIT, PERMAS dan berpuluh lagi. 

Mereka menyentuh pelbagai aspek yang berkaitan dengan hak yang cuba diselarikan dengan pemikiran konvensional. Dalam banyak-banyak hal yang dibawa oleh COMANGO, perkara yang kerap disentuh oleh aktivis-aktivis Islam ialah berkaitan dengan SOGI dan kebebasan beragama atau kepercayaan. Sebelum saya mengkritik tentang hal ini, baik sekiranya saya melihat perkara-perkara lain yang dibawa oleh COMANGO yang mana bersesuaian dengan maslahat kini. COMANGO menyentuh berkaitan rasis, kematian dan kes rogol, tembakan polis, hak untuk bebas dari keganasan, kedaulatan undang-undang, keadilan, kebebasan untuh berhimpun, kebebasan berpersatuan, kebebasan ekspresi, hak untuk sihat, hak pendidikan, dan sebagainya.

Hakikat yang perlu kita bersetuju bahawa tuntutan COMANGO ini bukanlah sekadar menyentuh berkaitan dengan isu agama tetapi menyentuk perkara yang universal yang mencakupi hampir semua perkara yang berkaitan dengan hak manusia. Saya percaya sudah ada yang mula meragui akan artikel ini, tapi tak apalah saya teruskan penghujahan saya.

Melihat kepada isu yang kerap kali digembar-gemburkan iaitu berkaitan dengan SOGI dan kebebasan beragama atau kepercayaan , yang mana saya percaya dijadikan senjata untuk menentang COMANGO oleh mana-mana pertubuhan kerajaan atau bukan kerajaan seperti PAS, PERKASA, JAIS, ISMA dan sebagainya.

Melihat kembali kepada perkara yang dibawa iaitu SOGI yang mana ia berkenaan dengan pengiktirafan Malaysia terhadap lesbian, bisexsuals, gays, transgender, inter-sexed and queer persons (LGBTIQ) mereka menghujahkan bahawa ini adalah hak kemanusiaan dan mereka juga berhujah bahawa golongan LGBTIQ ini tidak dilindungi dan mendapat layanan kasar oleh masyarakat seperti mana yang ditimbulkan pada perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Sekiranya hak-hak LGBT ini diizinkan makan undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat akan dihapuskan dan ini kan membawa ruang kepada pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah dibenarkan di 14 buah negara. Saya percaya tidak ada mana-mana agama yang membenarkan LGBT ini dipaktikkan dalam masyarakat dan tidak ada penemuan yang khusus bahawa LGBT adalah disebabkan hormone individu sekiranya mereka berhujah berkaitan dengan hormone.

COMANGO juga menuntut agar Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Richts (ICCPR). Yang mana melihat kepada perkara 18 iaitu berhubung hak kebebasan beragama  “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief,including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…” perkara ini berlanggar dengan perlembagaan Malaysia perkara 11. Islam tidak menolak kebebasan agama secara 100%, sepertimana yang Allah s.w.t katakan TIADA paksaan dalam memeluk agama Islam dan tidak boleh masuk campur dalam urusan agama lain. Tetapi Islam melarang penganutnya untuk keluar dari agama Islam dan ia telah ditegaskan didalam Hadis “sesiapa (muslim) yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia” (Riwayat Bukhari)

Tuntutan yang kontroversi seperti yang telah saya hujahkan diatas bukan sahaja berlawanan dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan kedaulatan negara, tetapi juga menuntut Malaysia termasuk institusi agama Islam diletakkan dibawah pantauan PBB. Saya percaya apa yang cuba dibawa adalah tidak 100% bercanggah dengan Islam dan perlembagaan, maka proses penambahbaikan itu perlu berlaku supaya tuntutan ini dapat diterima oleh majority rakyat khususnya muslim.

Disamping itu juga saya berhajat untuk menegur beberapa pertubuhan Islam yang dilihat hanya menolak tuntutan COMANGO tanpa hadir memberi alternative yang lebih baik (Shar’ie), menolak dengan kekerasan, menolak tanpa berhujah. Makanya usahasama perlu ada dikalangan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk menolak lantas hadir dengan membawa solusi yang lebih baik dan mudah difahami oleh masyarakat massa yang menyentuh pelbagai aspek kemanusiaan termasuk golongan LGBTIG supaya scenario kekeliruan terhadap Islam itu dapat dicantas dengan proaktif.

Sunday, 22 December 2013

GST BAIK ATAU BURUK?

          
        Baru- baru ini kita kerap dihebohkan dengan usaha kerajaan dalam memperkenalkan system percukaian yang baru yang mana bertujuan untuk menggantikan system percukaian regim iaitu SST (Sales and Services Taxes). Usaha memperkenalkan system percukaian yang baru iaitu GST adalah satu usaha yang baik, ia merupakan yang baru di Malaysia, tidak pada dunia. VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice LaurĂ©, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan. Mengikut statistik, 73% negara dunia telah menggunakan GST dan 27% tidak lagi. Tambahan itu, 160 negara telahpun menggunapakai system percukaian ini termasuk negar jiran kita, Singapura, Indonesia dan Thailand. Dirantau Asia Tenggara, hanya Malaysia, Brunei,  dan Myanmar sahaja yang belum melaksanakan GST.
                GST adalah system percukaian yang lebih meluas berbanding system yang ada sekarang, disamping itu juga, GST adalah cukai tokok tambah yang mana dikenali dibeberapa buah negara sebagai VAT (Value Added Tax), soal nama ia tidak menjadi masalah, namun yang menjadi persoalan ialah, bilakah ia akan dilaksanakan?, berapakah kadar dan adakah ia wajar?, bagaimana GST ini dilakasanakan?, apakah kesannya terhadap ekonomi dan rakyat? Kesemua persoalan ini akan dirungkaikan dalam artikel ini, teruskan membaca!

Bilakah ia akan dilaksanakan?
                Merujuk kepada Belanjawan 2014 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada Oktober yang lalu, tarikh implementasi GST akan dilakasanakan pada 1 April 2015, ruang selama 17 Bulan telah diberikan  kepada seluruh sektor-sektor ekonomi untuk membuat persediaan terhadap implementasi GST. Kalau kita melihat sejarah, GST ini telah mula dicadangkan pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir namun ia terpaksa ditangguhkan atas beberapa masalah politik dan kelemahan pelaksanaan percukaian pada ketika itu. Usaha ini telah diteruskan pada zaman Pak Lah  yang mana mengikut perancangan pelaksanaannya pada tahun 2007, namun sekali lagi ia telah ditangguhkan sehingga  sebelum pengumuman Belanjawan 2014 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang mana merancang untuk melaksanakan GST pada 1 April 2015.

Berapakah Kadar dan adakah ia kadar yang Wajar?
                Kadar yang diperkenalkan adalah pada 6%, persoalannya adakah ia benar-benar munasabah? Kalau kita lihat situasi yang berlaku pada hari ini, yang mana pelbagai bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan pelbagai kenaikan barangan asas, minyak, tol, tariff elektrik dan sebagainya. Saya melihat ia pasti akan membebankan, ditambah dengan hutang isi rumah Malaysia berada pada 80% dan orang ramai akan terpaksa berbelanja lebih daripada hasil yang diperoleh. Kerajaan perlu membuat perbandingan pengenalan kadar antara negara dan bukan pada kadar semasa, “Singapura semasa memperkenalkan GST hanya pada 3% dan gradually meningkat sehingga 7% pada hari ini.
                Sementara itu, Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakaria Abdul Rashid tidak menolak dengan inflasi yang meningkat secara konsisten sejak beberapa bulan lalu, pengenalan GST akan menekan rakyat. Sekiranya merujuk kepada indeks harga pengguna (CPI) ketika ini pada kadar 1.9% dan kita lihat sejak beberapa bulan ia naik secara konsisten. Kalau peningkatan ini berterusan sehinggalah pengenalan GST pada tahun 2015 nanti, ia mungkin menambah tekanan kepada orang ramai. Indeks CPI bagi tempoh Januari hingga Ogos 2013 meningkat sebanyak 1.7% kepada 106.5 dibandingkan dengan 104.7 pada tempoh yang sama tahun lepas. Berbanding dengan bulan yang sama tahun 2012, CPI  Ogos 2013 mencatatkan kenaikan sebanyak 1.9% daripada 105.0 kepada 107.0 dan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, CPI merekodkan peningkatan sebanyak 0.1%.
                Menurut pakar ekonomi Putrajaya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, keruncingan ini ditambah dengan kritikan susulan pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan sebanyak 20 sen, malah kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 2.3%.
                Segala polemik dan persepsi yang berlaku dikalangan rakyat perlu diatasi segera demi menjamin kesejahteraan rakyat serta mengelakkan daripada berlakunya rusuhan, protes dan perkara yang tidak diinginkan. Maka saya mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk memberi JAMINAN kepada rakyat bahawa  masalah berkaitan kos sara hidup rakyat tidak akan terjejas dengan implementasi GST.


Bagaimana GST ini dilakasanakan?


                GST/VAT akan dipungut berdasarkan aktiviti nilai tambah  pada setiap peringkat atau setiap rantai pengedaran bermula dari pengilang hingga kepada pengguna. Disamping itu juga peniaga mempunyai hak untuk menuntut kembali  GST yang dikenakan  keatas semua input perniagaan, dan ini akan mengelakkan daripada berlakunya kenaikan harga barang yang mendadak serta mengelakkan ketirisan dalam system percukaian itu sendiri. Sunggupun GST ini dapat mengelakkan ketirisan, namun ia tidak dapat mengelakkan Profiteering  yang akan dimanipulasi oleh pihak perniagaan, dan ia diakui sendiri oleh Mohd Rozlan Ali selaku unit teknikal GST dari Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA).
             Perlu jelas disini bahawa GST tidak akan dikenakan (exemption tax)  kepada produk pertanian, barang makanan asas, bekalan air domestic, barang dan perkhidmatan, TOL, Tanah, pendidikan, kesihatan, bas rel dan sebagainya  yang dieksport dan sebagainya. Boleh dikatakan bahawa GST tidak akan dikenakan pada barangan atau servis yang kerap kali digunapakai oleh golongan berpendapatan rendah.

Kesannya Terhadap Ekonomi dan Rakyat?

             Perlu diakui bahawa GST /VAT adalah system percukaian yang lebih bagus berbanding SST,  itu yang pertama. Impak kepada ekonomi ialah ia akan meningkatkan jumlah eksport negara yang mana semua eksport berkadar sifar (zero-rated), akan membantu dari aspek pelancongan, serta akan merancakkan pelaburan asing (FDI) dengan beberapa rombakan yang baru yang akan memberi impak positif kepada pelaburan asing. Disamping itu juga deficit yang berlaku pada setiap tahun akan dapat dibantu dengan hasil percukaian daripada GST. Menurut Menteri Kewangan Kedua , Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST.
          Tambahan daripada itu, kerajaan telah menyatakan bahawa sebayak 3000 barangan dan perkhidmatan akan dikecualikan daripada dikenakan cukai GST. Ia merupakan suatu perkara yang baik, namun sehingga hari ini tidak ada lagi dokumen atau data-data dari pihak kerjaan sendiri yang menyatakan 3000 Produk yang dikecualikan tersebut. Bahkan kalau kita melihat jumlah produk yang dikecualikan adalah lebih sedikit berbanding produk yang dikecualikan dibawah system percukaian SST. Makanya perlu adanya maklumat yang jelas, dan tepat supaya  masyarakat faham dan mampu untuk membuat persediaan.
            Saya percaya perlakasanaa GST pada awalnya akan menyebabkan inflasi pada pasararan ekonomi Malaysia yang mana akan mengurangan kuasa beli rakyat (PPP). Tidak semua barangan dan perkhidmatan akan naik dan tidak semua juga kan turun, kerana kesan GST terbahagi kepada 3, pertama harga barangan akan meningkat, yang kedua harga barangan itu tidak naik dan tidak turun (malar), dan yang terakhir harga barangan akan menurun. Ia bergantung kepada jenis barangan yang akan diklasifikasikan oleh kerajaan. Yang paling utama, barangan asas tidak dikenakan cukai (zero-rated) dan ia tidak akan memberi kesan  yang berat kepada golongan berpendapatan rendah.
         Setelah pelaksanaan terpaksa ditangguh dari 1 Januari 2007 sehingga sekarang ternyata ada perkara yang tidak beres. Kerajaan wajib tahu dan yakin bahawa pelaksanaannya nanti tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat . Namun terdapat beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan dalam konteks Malaysia pada waktu ini.
1. Adakah dengan pengenalan GST atau apa jua cukai tidak akan membebankan rakyat kerana hakikatnya setiap cukai adalah membebankan.
2. Tambahan hasil cukai daripada GST akan hanya memanfaatkan pembayar cukai dan rakyat jelata jika dibelanjakan dengan berhemah. Setakat ini rekod pencegahan pembaziran dan penggunaan berhemah tabungan negara oleh sektor awam belum cukup meyakinkan, sekiranya melihat laporan Ketua  Audit Negara 2012, World Bank, Illicit Financial Flows from Developing Countries (2009), dan laporan-laporan yang lain.

          Di sinilah kita meletakkan satu lagi penanda aras kepada KPI Perdana Menteri kerana beliau juga adalah Menteri Kewangan Malaysia. Idea dan pelaksanaan GST kini menjadi tanggungjawab beliau. Dalam ketidakpastian inilah pihak kerajaan nampaknya terpaksa membuka ruang untuk pihak masyarakat awam dan swasta serta persendirian berpartipasi untuk memberi maklumbalas mengenai pelaksanaan GST.
           Jika sistem GST seperti Eropah di laksanakan di Malaysia matlamat yang hendak dicapai tidak akan berhasil. Konsep terpenting ialah mudah dan lancar. Lantaran itu pelbagai pihak menyifatkan penangguhan pelaksanaan GST sebagai wajar bagi memastikan tahap kesediaan masyarakat perniagaan di negara ini berada pada tahap yang optimum. Masa yang lebih panjang diperlukan bagi golongan sasar membuat persediaan dan memahami konsep sebenar GST serta kesannya terhadap bidang yang diceburi.
               
          Kerajaan akhirnya mengakui penangguhan adalah perlu untuk memberi ruang kepada badan-badan kerajaan mengemas kini prosedur dan tindakan yang perlu diambil seiring pelaksanaan GST, manakala syarikat mempunyai masa untuk melengkapkan persiapan seperti menentukan sistem terbaik dari segi penyimpanan resit dan sebagainya. Bagi perniagaan bersaiz besar, sistem penyimpanan pelbagai dokumen dan resit mungkin perlu diuruskan pihak profesional kerana banyak yang perlu dikendalikan.
               
 Secara peribadi saya memuji usaha yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia yang telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat berkaitan GST yang mana disertai oleh golongan anak muda dan diberi ruang untuk memberi pandangan secara terbuka, dan usaha ini perlu diteruskan bagi memupuk pemahaman kepada warga belia khususnya. Ini kerana pemahaman yang cukup rendah dikalangan rakyat khususnya, anak muda, peniaga kecil dan sederhana (IKS) dalam memahami implikasi dan cara mengendali perniagaan mereka berdasarkan system GST.
           Mungkin satu perkara yang boleh dicadangkan ialah, sesi pemahaman GST kepada rakyat yang dihadiri oleh Menteri-Menteri sendiri bagi menjawab hal GST serta hal politik. Ini kerana kestabilan ekonomi itu bukan bergantung kepada GST semata, tetapi ia juga bergantung kepada kestabilan politik sesebuah negara itu sendiri. Ia kerana merujuk kepada pelbagai masalah pentadbiran yang telah didedahkan oleh pelbagai laporan mengenai ketirisan kerajaan dalam mentadbir dana negara, maka atas polemik yang berlaku inilah perlunya diadakan sesi dialog atau apa jua cara yang melibatkan menteri dan pakar-pakar.
          Konklusinya, GST adalah system percukaian yang baik dan lebih efisien berbanding system percukaian yang digunapakai pada hari ini. Namun kita tidak boleh menolak fakta bahawa GST ini juga mempunyai kekurangannya. Hakikatnya, RAKYAT pada hari ini tidak terlalu kisah dengan implementasi GST ini, namun yang menjadi persoalan ialah sejauhmana ketelusan kerajaan menggunakan hasil daripada GST? bagaimana ia akan diurusakan? Apakah jaminan kenaikan kos hidup tidak  akan berlaku mendadak dengan perlaksanaan GST? Dan segala persoalan inilah yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan badan-badan pelaksana.

MOHAMAD AMMAR BIN ATAN
PELAJAR TAHUN 2, FAKULTI EKONOMI DAN PENTADBIRAN,
UNIVERSITI MALAYA.

Monday, 30 September 2013

KHILAFAH SEORANG PEMUDA

Dalam setiap kurun waktu, kelmarin, kini dan esok, pemuda sentiasa berdiri di garisan hadapan . Baik sebagai pembela kebenaran yang gigih mahupun pembela kebatilan yang canggih. Periodisasi sejarah Malaysia moden memiliki keunikan tersendiri dalam melukis peranan pemuda menjayakan semua gerakan pembentukan Negara dan bangsa. Ia diasaskan  oleh kecemerlangan peranan pemuda disepanjang  sejarah peradaban Melayu yang bermula dengan Zaman Empayar Melaka bahkan empayar dunia yang lain. Simbol kecermelangan, kegemilangan dan keperkasaan para pemuda waktu itu antaranya ialah Laksamana Lima Bersaudara;  Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kesturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu.
            Rentetan sejarah yang berlaku khususnya di Malaysia menunjukkan babak peranan anak muda itu sudah terserlah sejak dahulu lagi, bahkan sekiranya kita kembali kepada sirah para anbiya seperti kisah nabi Yusuf, Ibrahim  yang berjuang pada waktu mudanya dalam bersolidariti untuk kemaslahatan ummat serta obligasinya terhadap arahan tuhan yakni Allah azza wa jalla. Rentetan sejarah melihatkan peranannya diteruskan sehingga pada hari ini, namun tidak ketinggalan didalam mana-mana perjuangan akan ada sahaja onar dalam duri, dalam perjuangan seperti mana permulaan bicara ini iaitu “pemuda sentiasa berdiri di garisan hadapan, baik sebagai pembela kebenaran yang gigih mahupun pembela kebatilan yang canggih” ini adalah norma dalam perjuangan dan sayugianya para pejuang kebenaran bersiap sedia dalam rintangan yang akan mendatang.
             Tidak dinafikan bahawa golongan anak muda tanpa mengira bangsa dan agam bergiat aktif dalam berpartisipasi dalam hal-hal politik, ekonomi, pentadbiran, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Berani saya katakana bahawa sudah banyak persatuan-persatuan anak muda yang mulai bertapak dan menunjukkan belangnya dalam arena politik dan sebagainya.  Contohnya, SMM, GM13, GAMIS, UMANY, ASPIRASI, Aman Kampus, Kami Sayang PM dan lain-lain. Merupakan contoh partisipasi anak muda yang dikenali sebagai generasi Y yang bergiat aktif dalam isu-isu setempat dan samada dalam skop yang kecil mahupun skop yang luas. Kelantangan mereka dalam hal-hal tertentu mendapat perhatian pelbagai pihak mahupun kerajaan atau pembangkang, ini kerana isu yang dibawa adalah bersifat sejagat, kontemporari, futuristik yang mana akan memberi kesan kepada kemaslahatan khususnya rakyat. Isu berkenaan TPPA, GST, subsidi bahan api, pilihanraya umum , krisis Syria, Pengulingan Morsi, Palestin, rasuah dalam pentadbiran, AUKU dan lain-lain adalah antara isu-isu yang diketengahkan oleh mereka melalui lajnah dan kaedah mereka yang tersendiri. Maka wajar anak muda pada hari ini berpartisipasi dalam hal-hal yang lebih bermanfaat kepada Negara dan tidak pula menafikan hal-hal manfaat yang lain yang dilakukan oleh mana-mana badan yang lain.
            Dalam pilihanraya yang lalu saya lihat partisipasi anak muda sangat tinggi. Mereka bukan sekadar menjadi pengundi malah terlibat juga dalam kempen. Pada hemat saya, ini adalah satu perkara yang sangat positif dan perlu diberi pujian. Ini menunjukkan bahawa anak muda mahu dilibatkan bersama dalam perancangan dan pelaksanaan polisi negara. Apatah lagi banyak dasar-dasar yang diputuskan memberi kesan langsung dalam kehidupan mereka seperti ekonomi, pendidikan dan kesihatan.Memang tidak dinafikan ada sesetengah anak muda mungkin meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara tidak betul. Malah ada yang terlalu radikal sehingga membawa kepada penangkapan. Namun apa yang perlu difokuskan disini ialah kesinambungan anak muda itu mampu diteruskan dengan berasaskan ilmu pengetahuan yang mantap dan kesedarannya untuk dimanfaatkan pada manusia sejagat.
            Pada peringkat anak mudak ramai dikalangan mereka gemar mengikut emosi, tinggal lagi pihak yang lebih berpengalaman perlu memberi ruang kepada mereka untuk menyalurkan tenaga atau cakra anak muda ini ke jalan yang betul. Di sinilah peranan NGO-NGO belia untuk membimbing dan memastikan perjuangan anak muda sentiasa mengikut lunas undang-undang dan memberi manfaat kepada masyarakat. Kuasa anak muda yang tidak terkawal hanya menyebabkan kekacauan yang berpanjangan. Pihak berkuasa juga telah mengumumkan satu perdamaian kebangsaan. Tindakan ini saya fikir akan membawa kepada pengukuhan Bangsa Malaysia. Di sinilah pihak berkuasa perlu memberi anak muda lebih banyak peranan untuk memastikan kejayaan dasar ini. Tidak tepat sekiranya perbincangan tentang Bangsa Malaysia hanya berkisar di antara generasi lama walhal generasi muda yang akan menentukan bentuk mana yang sesuai untuk dilaksanakan pada masa hadapan. Pemimpin sekarang baik dari parti pemerintah atau pembangkang perlu memberi kerangka manakala pelaksanaan pula biarlah anak muda yang menentukan. Dengan memberi peranan yang lebih besar, maka rasa tidak puas hati anak muda kini dapat disalurkan pada perjuangan yang lebih membina.

            Pendek kata, para pemuda adalah calon utama untuk merehabilitasi masadepan sekali gus membawa agama dan tanahair berada dalam zaman yang penuh dengan keajaiban inovasi dan sistem kehidupan baru dengan dengan akhlak dan aqidah yang kukuh. Para pemuda tidak sepatutnya menjadi sekam yang menyalakan kebakaran kerana terlalu taksub pada sesuatu ideology terutama kancah kepolitikan sehingga sanggup menentang kebajikan, keilmuan dan kebersamaan dan lebih malang sekiranya sanggup pula berseteru dengan keimanan dan ketaqwaan. Sedangkan masadepan yang diharapkan dari para pemuda-pemudi ialah untuk bersekutu buat perubahan dalam menjayakan kehidupan yang lebih berjaya dari kegagalan yang berlaku dalam generasi sebelumnya.

Thursday, 26 September 2013

Charismatic Leader?

We often heard Mahathir Mohamd, Anwar Ibrahim, Bill Clinton, Erdogan, etc as such very charismatic leader in the world of politic arena, but the big question mark here, how it is look like to be?, Thus we will clarify together here. Charisma is not the objective assessment by followers of the leader's ability to meet followers' specific needs. It is a means by which people abdicate responsibility for any consistent, tough-minded evaluation of the outcome of specific policies.
Citizens put their trust in their leader, who will somehow take care of things. Charisma requires some psychological distance between leader and follower. Charismatic leaders are sufficiently distant from ordinary folks. A simplified and magical image is possible. Adherents and opponents react emotionally to charismatic personalities. The leader's portrait is global and not discriminating. Specific weaknesses are overlooked in the great leader.
In the life and death of former President Ronald Reagan, large numbers of people became "charisma hungry." This pressing need occurs in historical conditions in which religion wanes. Fear, anxiety, and existential dread result in the emergence of charismatic leaders. War, globalization, unemployment, demise of family, church, and civility bring on feelings of fear and apprehension. Conditions of fear produce continuing symptoms of anxiety. Citizenry distresses result in existential dread. People experience circumstances in which the rituals of their human existence become significantly impaired.
            The charismatic leader, under such conditions, may offer meaning and provide followers with a greater sense of community. In offering salvation from fear, anxiety, and existential dread, the charismatic leader creates new forms of safety, identity, and rituals. Crisis is important to the emergence of charismatic leadership. The charismatic leader, by virtue of unusual personal qualities, promises hope of salvation.
German sociologist Max Weber is the original guru on charisma. Weber analyzed the functions and exercise of power. Laws and traditional taboos of the particular culture or society need to be bypassed, abolished, or otherwise overcome. Laws, rules, regulations, customs, mores, taboos, routines, and certain ascribed standards must be circumvented. These traits are considered rational--grounded in prescribed ways of acting and behaving.
2.                 Weber identified charisma, or individual leadership, as largely emotional. Referred to as the cult of personality, charisma is thought to be irrational. The charismatic personality goes against the grain of how issues confronting the organization, or country, should be handled, dealt with, brokered, and accepted.
3.       the people, citizens, employees, followers, believers, converts, and masses must carry out the new edicts, laws, and policies of the organization, or government. A new rationality is established on the recently established cult of personality. Followers want to be persuaded, not coerced, into implementing dictates of the new realities.
            Charisma is not merely the appearance of a dynamic, excited, motivated, committed, passion-filled person. Charismatic persons persuade followers to change their old ways of responding to the country's challenges and problems. Citizens, as followers, are to act in creative, determined, sustained, and new ways to accomplish tasks assigned to the "wars" of the charismatic leader.
            The great man or woman arrives on the scene or comes from the ranks of common people. The charismatic leader dominates decision making regardless of the logic of his or her positions. 
Followers abandon rational thinking and follow the new leader, perhaps a Pied Piper, into an unknown future. In democracies, however, followers are often educated --and not easily seduced.
                To put charisma into operation .Karz delineates three types of interpersonal relations between charismatic’s personalities and followers.One type of charismatic leader may symbolize the followers ‘wishful solutions to internal conflicts .Instead of searching for deeper meaning and motives ,followers seek release from their internal conflict .They project their fear ,aggression ,and aspiration upon social measures that facilitate symbolic solution .In his or her personality and program ,the charismatic leader offers symbolic solution .
            A second type of charismatics leader entail s an aggressor ,or father figure ,who possesses overwhelming power that the followers is unable to escape the exercise of such power.In this type of interpersonal relation between leader and follower, there is no new ideology but the followers identify with the aggressor ,or father  figure. A third type of charismatic leader maintains an interpersonal relationship void of internal conflict with followers .In assuming that their charismatic leader may advance their interests magnify the power of their leader.
            A charismatics leader fail to fully develop the abilities of subordinates ,as they becomes overly dependent upon the leader .When the leader is absent ,the organization or nation will tend to flounders ,and when he or she departs for good ,it may fall to pieces. Charismatics  leader may  also inhibit communication. Subordinates become reluctant to give the leader unpleasant information or advise against policies that may be unwise .Often they lose the ability to discriminate between wise and unwise policies ,for they have surrendered much of their capacity for independent  judgment.
           History provides numerous examples of charismatic leaders who vigorously led their nations down the road to ruin. Adolf Hitler and Benito Mussolini are two examples, but we do not have to turn to such extreme examples to see how charismatic leadership malfunction .While charisma is positive in many ways ,its main danger in public administration is the possibilities that a charismatics leader’s personally negate important advise and challenges from subordinate and citizen. In Malaysian context you should verify who is the charismatic leader based on this reading and hopefully you will know who is charismatic.


     -George Berkley John Rouse, John Rouse, The Craft of Public Administration, Ninth edition