Monday, 24 February 2014

KRISIS PEMIKIRAN UMMAT


Al-Quran dan Buku Falsafah Dunia.

Jika kita diberi pilihan diantara Al-Quran dan buku falsafah dunia, dan dikehendaki memilih satu sahaja, jadi manakah pilihan utama anda?

Anda jawab…

Saya yakin sebagai seorang muslim kita sewajibnya mengutamakan Quran sebagai rujukan utama kita, dan saya percaya ada yang terkial-kial untuk menentukan pilihan sama ada Al- Quran atau buku Falsafah Barat, khususnya Muslim. Bagi mereka yang non-muslim tidak menjadi masalah untuk mereka, kerana mereka tidak dipasakkan kefahaman Islam sejak diawal pembelajaran sepertimana yang diterima oleh pelajar Islam, Melayu khususnya.
Sekiranya saya memberi pilihan diantara Al-Quran dan Tafsir Ibn Kathir manakah pilihan utama anda?

Jawab…

Ada yang memilih dengan yakin Tafsir Ibn Kathir sebagai pilihan utama, juga ada yang memilih Al-Quran sebagai pilihan utama, dan saya pasti ada yang tekad untuk memilih kedua-duanya ini golongan yang tidak memahami soalan, tidak mengapa.
Pelbagai skeptisme yang cuba dihadirkan dalam pemikiran tulisan saya setelah saya menyoal saoalan-soalan diatas, saya juga pernah menyoal perkara yang sama di FB dan ada yang respon secara skeptical dan ada juga yang endah tak endah, tidak mengapa. Kadang-kadang saya juga begitu.

Inilah situasi kecelaruan yang dihidapi ummat Muhammad termasuk saya, apabila keliru, celaru, tersentak, gelabah apabila ingin membuat pilihan antara Al-Quran dan buku-buku lain.
 Teringat satu kisah ketika Rasulullah saw menegur Umar bin Khattab ketika dia memegang lembaran   taurat. Pandangan Rasulullah saw. pun tertuju pada yang dipegang Umar. “Apa yang kau pegang, Umar?” tanya Rasulullah saw. Dengan ringan, Umar r.a. pun menjawab, “Taurat, Ya Rasulullah!”. “Wahai Umar, andai yang diturunkan Taurat itu masih hidup, tentu, ia akan merujuk kepada Al-Quran dan meninggalkan Taurat !” ucap Rasulullah saw. begitu menggugah hati Umar. Saat itu juga, Umar pun melepas lembaran Taurat. Siapapun (muslim) pasti tidak akan meragukan aqidah Umar bin Khattab, tapi toh ditegor juga oleh Rasulullah walaupun hanya kepergok membawa-bawa lembaran Taurat. Artinya apa ? Rasulullah saw mencontohkan kepada kita untuk memegang aqidah dengan kuat. (Kata Rasulullah saw menjelang wafatnya : "Aku wariskan kepada umatku Kitabullah dan Sunnahku, peganglah erat-erat dengan gigi geraham-mu"

Kenapa kecelaruan pemikiran itu berlaku? saya lontarkan soalan ini pada anda.


Senario yang berlaku ini tidak baru, bahkan sejak pertengahan abad ke-18 masehi dapat dikatakan hampir seluruh dunia Islam telah menjadi sasaran terbuka bagi pemikiran , metodologi, tsaqafah,ilmu, peradaban, seni, sastera, konsepsi dan tradisi Barat dengan pelbagai tahap yang berbeza-beza. Segala serangan pemikiran ini telah melahirkan genarasi yang celaru pada hari ini. Serangan ini tidak berlaku secara jelas atau sepertimana perang Dunia ke1 dan 2, ia sukar dilihat oleh rakyat biasa, yang terasa kehadiran serangan ini ialah golongan intelektual, pemimpin dan mereka yang cakna.

Ia bermula apabila orang Barat membangunkan gereja-gereja Kristian (yang di dalam atau berdekatan sekolah-sekolah) di Beirut,, Baghdad, Mosul, Kaherah, Iskandariah, Istanbul, dan dikota-kota besar Islam lainnya dan sejak kawalan pemilkiran dan kebudayaan Islam satu persatu lenyap dan generasi Islam berhadapan langsungdengan gerakan serangan pemikiran dan kebudayaan yang dahsyat, pemikiran dan kebudayaan Islam mengalami kebekuan dan seluruh  teori pengetahuan Islam kebekuandan seluruh teori pengetahuan kaum muslimin menjadi Barat, praktikalnya ummat Islam berada dalam pengaruh Barat.

Percaya atau tidak?, anda jawab.

Dalam hal mengakui bahawa berlakunya serangan pemikiran atau Al-Ghawzu Al-Fikri  terdapat dua golongan yang mana percaya dan tidak percaya, itu biasa kerana ego manusia yang susah untuk mengaku bahawa dia telah dipergunakan atau telah dipengaruhi dengan acuan Barat dan apa jua perkara.

Bukti mudah yang saya boleh ketengahkan dalam hal seperti ini ialah apabila senario seseorang itu berhujah dengan nas Al-Quran mereka merasa biasa, pelik, jelik, ketinggalan zaman, jumud dan pelbagai lontaran yang cuba dilontarkan pada ulama tersebut, tetapi, apabila dihujahkan dengan teori falsafah-falsafah yang berbagai seperti falsafah Plato, Mao Zedong, Lao Tzu, Max Weber dan sebagainya, mereka merasa Wahh! Ghairah, ta’ajub, kagum, berbunga-bunga, menyanjungi dan sebagainya. Sedangkan apa yang dikatakan oleh oleh golongan Orentalis barat ini sudah ada di dalam Al-Quran cuma nak taknak saja kita baca.

Macapada pada hari ini, kita kerap didedahkan dengan sejarah Dunia Islam yang cukup gemilang dalam pelbagai disiplin Ilmu seperti pemikiran, metodologi, sumber ilmu, epistemology, tema, sasaran dan tujuannya. Pelbagai cabang ilmu kita kuasai dari sekecil-kecil zarah hingga sebesar cakerawala dan ia dikagumi oleh golongan barat, sepertimana kita kagumi mereka pada hari ini.


Bersambung….. (ada banyak assignment)

Monday, 17 February 2014

KENAPA PERLU KITA TOLAK COMANGO? -Mohamad Ammar


Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia. Pertamanya dan selamanya marilah kita merenung semula amal kebaikan yang kita lakukan untuk kebaikan kita bersama di sana. COMANGO adalah satu gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mana mereka sepakat untuk menyokong dan mengangkat COMANGO sebagai dasar yang perlu digunapakai di Malaysia. Lebih 50 NGO yang menyokong COMANGO (SUARAM), Seksualiti Merdeka, DEMA, JERIT, PERMAS dan berpuluh lagi. 

Mereka menyentuh pelbagai aspek yang berkaitan dengan hak yang cuba diselarikan dengan pemikiran konvensional. Dalam banyak-banyak hal yang dibawa oleh COMANGO, perkara yang kerap disentuh oleh aktivis-aktivis Islam ialah berkaitan dengan SOGI dan kebebasan beragama atau kepercayaan. Sebelum saya mengkritik tentang hal ini, baik sekiranya saya melihat perkara-perkara lain yang dibawa oleh COMANGO yang mana bersesuaian dengan maslahat kini. COMANGO menyentuh berkaitan rasis, kematian dan kes rogol, tembakan polis, hak untuk bebas dari keganasan, kedaulatan undang-undang, keadilan, kebebasan untuh berhimpun, kebebasan berpersatuan, kebebasan ekspresi, hak untuk sihat, hak pendidikan, dan sebagainya.

Hakikat yang perlu kita bersetuju bahawa tuntutan COMANGO ini bukanlah sekadar menyentuh berkaitan dengan isu agama tetapi menyentuk perkara yang universal yang mencakupi hampir semua perkara yang berkaitan dengan hak manusia. Saya percaya sudah ada yang mula meragui akan artikel ini, tapi tak apalah saya teruskan penghujahan saya.

Melihat kepada isu yang kerap kali digembar-gemburkan iaitu berkaitan dengan SOGI dan kebebasan beragama atau kepercayaan , yang mana saya percaya dijadikan senjata untuk menentang COMANGO oleh mana-mana pertubuhan kerajaan atau bukan kerajaan seperti PAS, PERKASA, JAIS, ISMA dan sebagainya.

Melihat kembali kepada perkara yang dibawa iaitu SOGI yang mana ia berkenaan dengan pengiktirafan Malaysia terhadap lesbian, bisexsuals, gays, transgender, inter-sexed and queer persons (LGBTIQ) mereka menghujahkan bahawa ini adalah hak kemanusiaan dan mereka juga berhujah bahawa golongan LGBTIQ ini tidak dilindungi dan mendapat layanan kasar oleh masyarakat seperti mana yang ditimbulkan pada perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Sekiranya hak-hak LGBT ini diizinkan makan undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat akan dihapuskan dan ini kan membawa ruang kepada pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah dibenarkan di 14 buah negara. Saya percaya tidak ada mana-mana agama yang membenarkan LGBT ini dipaktikkan dalam masyarakat dan tidak ada penemuan yang khusus bahawa LGBT adalah disebabkan hormone individu sekiranya mereka berhujah berkaitan dengan hormone.

COMANGO juga menuntut agar Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Richts (ICCPR). Yang mana melihat kepada perkara 18 iaitu berhubung hak kebebasan beragama  “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief,including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…” perkara ini berlanggar dengan perlembagaan Malaysia perkara 11. Islam tidak menolak kebebasan agama secara 100%, sepertimana yang Allah s.w.t katakan TIADA paksaan dalam memeluk agama Islam dan tidak boleh masuk campur dalam urusan agama lain. Tetapi Islam melarang penganutnya untuk keluar dari agama Islam dan ia telah ditegaskan didalam Hadis “sesiapa (muslim) yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia” (Riwayat Bukhari)

Tuntutan yang kontroversi seperti yang telah saya hujahkan diatas bukan sahaja berlawanan dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan kedaulatan negara, tetapi juga menuntut Malaysia termasuk institusi agama Islam diletakkan dibawah pantauan PBB. Saya percaya apa yang cuba dibawa adalah tidak 100% bercanggah dengan Islam dan perlembagaan, maka proses penambahbaikan itu perlu berlaku supaya tuntutan ini dapat diterima oleh majority rakyat khususnya muslim.

Disamping itu juga saya berhajat untuk menegur beberapa pertubuhan Islam yang dilihat hanya menolak tuntutan COMANGO tanpa hadir memberi alternative yang lebih baik (Shar’ie), menolak dengan kekerasan, menolak tanpa berhujah. Makanya usahasama perlu ada dikalangan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk menolak lantas hadir dengan membawa solusi yang lebih baik dan mudah difahami oleh masyarakat massa yang menyentuh pelbagai aspek kemanusiaan termasuk golongan LGBTIG supaya scenario kekeliruan terhadap Islam itu dapat dicantas dengan proaktif.