Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi
yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah
negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala
Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia. Pertamanya dan selamanya marilah kita
merenung semula amal kebaikan yang kita lakukan untuk kebaikan kita bersama di
sana. COMANGO adalah satu gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mana
mereka sepakat untuk menyokong dan mengangkat COMANGO sebagai dasar yang perlu
digunapakai di Malaysia. Lebih 50 NGO yang menyokong COMANGO (SUARAM),
Seksualiti Merdeka, DEMA, JERIT, PERMAS dan berpuluh lagi.
Mereka menyentuh pelbagai aspek yang berkaitan dengan hak
yang cuba diselarikan dengan pemikiran konvensional. Dalam banyak-banyak hal yang dibawa oleh COMANGO, perkara yang kerap
disentuh oleh aktivis-aktivis Islam ialah berkaitan dengan SOGI dan kebebasan
beragama atau kepercayaan. Sebelum saya mengkritik tentang hal ini, baik
sekiranya saya melihat perkara-perkara lain yang dibawa oleh COMANGO yang mana
bersesuaian dengan maslahat kini. COMANGO menyentuh berkaitan rasis, kematian
dan kes rogol, tembakan polis, hak untuk bebas dari keganasan, kedaulatan
undang-undang, keadilan, kebebasan untuh berhimpun, kebebasan berpersatuan,
kebebasan ekspresi, hak untuk sihat, hak pendidikan, dan sebagainya.
Hakikat yang perlu kita bersetuju bahawa tuntutan COMANGO
ini bukanlah sekadar menyentuh berkaitan dengan isu agama tetapi menyentuk
perkara yang universal yang mencakupi hampir semua perkara yang berkaitan
dengan hak manusia. Saya percaya sudah ada yang mula meragui akan artikel ini,
tapi tak apalah saya teruskan penghujahan saya.
Melihat kepada isu yang kerap kali digembar-gemburkan iaitu
berkaitan dengan SOGI dan kebebasan beragama atau kepercayaan , yang mana saya
percaya dijadikan senjata untuk menentang COMANGO oleh mana-mana pertubuhan
kerajaan atau bukan kerajaan seperti PAS, PERKASA, JAIS, ISMA dan sebagainya.
Melihat kembali kepada perkara yang dibawa iaitu SOGI yang
mana ia berkenaan dengan pengiktirafan Malaysia terhadap lesbian, bisexsuals,
gays, transgender, inter-sexed and queer persons (LGBTIQ) mereka menghujahkan bahawa
ini adalah hak kemanusiaan dan mereka juga berhujah bahawa golongan LGBTIQ ini
tidak dilindungi dan mendapat layanan kasar oleh masyarakat seperti mana yang
ditimbulkan pada perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Sekiranya hak-hak
LGBT ini diizinkan makan undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat akan
dihapuskan dan ini kan membawa ruang kepada pengenalan undang-undang
perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah dibenarkan di 14 buah negara. Saya
percaya tidak ada mana-mana agama yang membenarkan LGBT ini dipaktikkan dalam
masyarakat dan tidak ada penemuan yang khusus bahawa LGBT adalah disebabkan hormone
individu sekiranya mereka berhujah berkaitan dengan hormone.
COMANGO juga menuntut agar Malaysia menandatangani dan
memeterai International Covenant on Civil & Political Richts (ICCPR). Yang mana
melihat kepada perkara 18 iaitu berhubung hak kebebasan beragama “The
Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or
belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief,including
the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt
atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”
perkara ini berlanggar dengan perlembagaan Malaysia perkara 11. Islam tidak
menolak kebebasan agama secara 100%, sepertimana yang Allah s.w.t katakan TIADA
paksaan dalam memeluk agama Islam dan tidak boleh masuk campur dalam urusan
agama lain. Tetapi Islam melarang penganutnya untuk keluar dari agama Islam dan
ia telah ditegaskan didalam Hadis “sesiapa (muslim) yang menukar agamanya, maka
bunuhlah ia” (Riwayat Bukhari)
Tuntutan yang kontroversi seperti yang telah saya hujahkan
diatas bukan sahaja berlawanan dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan
dan kedaulatan negara, tetapi juga menuntut Malaysia termasuk institusi agama
Islam diletakkan dibawah pantauan PBB. Saya percaya apa yang cuba dibawa adalah
tidak 100% bercanggah dengan Islam dan perlembagaan, maka proses penambahbaikan
itu perlu berlaku supaya tuntutan ini dapat diterima oleh majority rakyat
khususnya muslim.
Disamping itu juga saya berhajat untuk menegur beberapa pertubuhan
Islam yang dilihat hanya menolak tuntutan COMANGO tanpa hadir memberi alternative
yang lebih baik (Shar’ie), menolak dengan kekerasan, menolak tanpa berhujah.
Makanya usahasama perlu ada dikalangan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk
menolak lantas hadir dengan membawa solusi yang lebih baik dan mudah difahami
oleh masyarakat massa yang menyentuh pelbagai aspek kemanusiaan termasuk
golongan LGBTIG supaya scenario kekeliruan terhadap Islam itu dapat dicantas
dengan proaktif.
No comments:
Post a Comment