Monday, 24 February 2014

KRISIS PEMIKIRAN UMMAT


Al-Quran dan Buku Falsafah Dunia.

Jika kita diberi pilihan diantara Al-Quran dan buku falsafah dunia, dan dikehendaki memilih satu sahaja, jadi manakah pilihan utama anda?

Anda jawab…

Saya yakin sebagai seorang muslim kita sewajibnya mengutamakan Quran sebagai rujukan utama kita, dan saya percaya ada yang terkial-kial untuk menentukan pilihan sama ada Al- Quran atau buku Falsafah Barat, khususnya Muslim. Bagi mereka yang non-muslim tidak menjadi masalah untuk mereka, kerana mereka tidak dipasakkan kefahaman Islam sejak diawal pembelajaran sepertimana yang diterima oleh pelajar Islam, Melayu khususnya.
Sekiranya saya memberi pilihan diantara Al-Quran dan Tafsir Ibn Kathir manakah pilihan utama anda?

Jawab…

Ada yang memilih dengan yakin Tafsir Ibn Kathir sebagai pilihan utama, juga ada yang memilih Al-Quran sebagai pilihan utama, dan saya pasti ada yang tekad untuk memilih kedua-duanya ini golongan yang tidak memahami soalan, tidak mengapa.
Pelbagai skeptisme yang cuba dihadirkan dalam pemikiran tulisan saya setelah saya menyoal saoalan-soalan diatas, saya juga pernah menyoal perkara yang sama di FB dan ada yang respon secara skeptical dan ada juga yang endah tak endah, tidak mengapa. Kadang-kadang saya juga begitu.

Inilah situasi kecelaruan yang dihidapi ummat Muhammad termasuk saya, apabila keliru, celaru, tersentak, gelabah apabila ingin membuat pilihan antara Al-Quran dan buku-buku lain.
 Teringat satu kisah ketika Rasulullah saw menegur Umar bin Khattab ketika dia memegang lembaran   taurat. Pandangan Rasulullah saw. pun tertuju pada yang dipegang Umar. “Apa yang kau pegang, Umar?” tanya Rasulullah saw. Dengan ringan, Umar r.a. pun menjawab, “Taurat, Ya Rasulullah!”. “Wahai Umar, andai yang diturunkan Taurat itu masih hidup, tentu, ia akan merujuk kepada Al-Quran dan meninggalkan Taurat !” ucap Rasulullah saw. begitu menggugah hati Umar. Saat itu juga, Umar pun melepas lembaran Taurat. Siapapun (muslim) pasti tidak akan meragukan aqidah Umar bin Khattab, tapi toh ditegor juga oleh Rasulullah walaupun hanya kepergok membawa-bawa lembaran Taurat. Artinya apa ? Rasulullah saw mencontohkan kepada kita untuk memegang aqidah dengan kuat. (Kata Rasulullah saw menjelang wafatnya : "Aku wariskan kepada umatku Kitabullah dan Sunnahku, peganglah erat-erat dengan gigi geraham-mu"

Kenapa kecelaruan pemikiran itu berlaku? saya lontarkan soalan ini pada anda.


Senario yang berlaku ini tidak baru, bahkan sejak pertengahan abad ke-18 masehi dapat dikatakan hampir seluruh dunia Islam telah menjadi sasaran terbuka bagi pemikiran , metodologi, tsaqafah,ilmu, peradaban, seni, sastera, konsepsi dan tradisi Barat dengan pelbagai tahap yang berbeza-beza. Segala serangan pemikiran ini telah melahirkan genarasi yang celaru pada hari ini. Serangan ini tidak berlaku secara jelas atau sepertimana perang Dunia ke1 dan 2, ia sukar dilihat oleh rakyat biasa, yang terasa kehadiran serangan ini ialah golongan intelektual, pemimpin dan mereka yang cakna.

Ia bermula apabila orang Barat membangunkan gereja-gereja Kristian (yang di dalam atau berdekatan sekolah-sekolah) di Beirut,, Baghdad, Mosul, Kaherah, Iskandariah, Istanbul, dan dikota-kota besar Islam lainnya dan sejak kawalan pemilkiran dan kebudayaan Islam satu persatu lenyap dan generasi Islam berhadapan langsungdengan gerakan serangan pemikiran dan kebudayaan yang dahsyat, pemikiran dan kebudayaan Islam mengalami kebekuan dan seluruh  teori pengetahuan Islam kebekuandan seluruh teori pengetahuan kaum muslimin menjadi Barat, praktikalnya ummat Islam berada dalam pengaruh Barat.

Percaya atau tidak?, anda jawab.

Dalam hal mengakui bahawa berlakunya serangan pemikiran atau Al-Ghawzu Al-Fikri  terdapat dua golongan yang mana percaya dan tidak percaya, itu biasa kerana ego manusia yang susah untuk mengaku bahawa dia telah dipergunakan atau telah dipengaruhi dengan acuan Barat dan apa jua perkara.

Bukti mudah yang saya boleh ketengahkan dalam hal seperti ini ialah apabila senario seseorang itu berhujah dengan nas Al-Quran mereka merasa biasa, pelik, jelik, ketinggalan zaman, jumud dan pelbagai lontaran yang cuba dilontarkan pada ulama tersebut, tetapi, apabila dihujahkan dengan teori falsafah-falsafah yang berbagai seperti falsafah Plato, Mao Zedong, Lao Tzu, Max Weber dan sebagainya, mereka merasa Wahh! Ghairah, ta’ajub, kagum, berbunga-bunga, menyanjungi dan sebagainya. Sedangkan apa yang dikatakan oleh oleh golongan Orentalis barat ini sudah ada di dalam Al-Quran cuma nak taknak saja kita baca.

Macapada pada hari ini, kita kerap didedahkan dengan sejarah Dunia Islam yang cukup gemilang dalam pelbagai disiplin Ilmu seperti pemikiran, metodologi, sumber ilmu, epistemology, tema, sasaran dan tujuannya. Pelbagai cabang ilmu kita kuasai dari sekecil-kecil zarah hingga sebesar cakerawala dan ia dikagumi oleh golongan barat, sepertimana kita kagumi mereka pada hari ini.


Bersambung….. (ada banyak assignment)

No comments:

Post a Comment