PANDA versus GAZA
Kerajaan Malaysia dilihat seolah-olah menutup sebelah mata
akan tragedi yang menimpa rakyat Gaza, Palestin. Ironinya kerajaan Malaysia
sanggup membiayai RM25 Juta hanya untuk dua ekor Panda daripada membantu rakyat
Gaza yang dihimpit kesengsaraan dek kekejaman Zionis Israel dan kuasa dunia
yang dilihat terus sepi dalam isu kemanusiaan ini.
Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar kepada China
sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun untuk membela haiwan
berkenaan.Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama
Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan
Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.
Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar. Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.
Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar. Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.
Alangkah baiknya jika usaha
sehebat ini digunakan untuk membantu orang-orang Palestin. Wanita, orang tua
dan kanak-kanak di Gaza mungkin tidak mengalami kepupusan seperti beruang
panda, tetapi nyawa mereka lebih murah dari beruang panda itu sendiri pada saat
ini. Yang mati bergelimpangan, yang cacat dan akan merana seumur hidup mereka.
Apabila panda hadir di Malaysia
kita telah memperuntukkan puluhan jutaan ringgit tanpa menilai sudut pandang rakyat
dan menurut World Wildlife Fund
(WWF) yang mencadangkan agar peruntukan sebesar itu lebih bagus disalurkan
kepada usaha-usaha menyelamatkan binatang-binatang yang diancam kepupusan di
Malaysia. Adakah kita mendapat peribahasa baru “Panda di China disusukan...”?.
Apabila tragedy pembunuhan besar-besaran berlaku di Gaza kerajaan seolah-olah
memandang sebelah mata tidak seperti keprihatinan kerajaan terhadap dua ekor
panda dalam isu kemanusiaan, hak asasi manusia yang kononya kita perjuangkan.
Tuntasnya, ia bukan pada isu panda
semata-mata tetapi ia berkaitan dengan keprihatinan kerajaan samada pusat atau
negeri dalam melihat tragedy yang berlaku ini, bukan sahaja di Gaza hatta
kesengsaraan rakyat Malaysia dalam menghadapi bebanan hidup yang semakin hari
semakin meruncing dan dimana-mana sahaja, dan ini menimbulkan persoalan bagaimana
kerajaan menilai yang mana lebih penting dan yang mana lebih bermanfaat selari
dengan nilai kemanusiaan.
Mohamad Ammar B. Atan
Pelajar Fakulti Ekonomi dan
Pentradbiran, Universiti Malaya.
No comments:
Post a Comment